Antara aktiviti yang dijalankan adalah Mewarna, Mencantum Gambar, Ceramah, Tayangan CD Anti Dadah dan Mencari Harta Karun. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.
Penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK. Semeling, En. Che Rosli Bin Ibrahim. Guru Besar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan pegawai-pegawai AADK Sg. Petani, yang telah menjayakan program AADK pada hari ini.