Sekitar Program Anti Dadah


Program Anti Dadah telah diadakan pada Khamis (22 Oktober 2009 ) yang lalu bertempat di sekitar kawasan sekolah. Ia telah dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari AADK Sg. Petani.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah Mewarna, Mencantum Gambar, Ceramah, Tayangan CD Anti Dadah dan Mencari Harta Karun. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.

Penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK. Semeling, En. Che Rosli Bin Ibrahim. Guru Besar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan pegawai-pegawai AADK Sg. Petani, yang telah menjayakan program AADK pada hari ini.